Saturday, May 9, 2020

Cameron Highland, Musim Sejuk di Malaysia

Seperti yang kita tahu, Cameron Highland ialah tempat yang sejuk di Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menceritakan pengalaman saya di Cameron Highland. Saya mencadangkan anda pergi bersama keluarga ke Cameron Highland. Tempat-tempat ini pasti dapat menarik perhatian anda.Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana tidak banyak gambar yang ada kerana kebanyakan yang menarik sudah hilang.
Di Cameron Highland, orang yang tinggal di sini menggunakan budaya barat, di sani hanya ada orang asli dan rakyat Malaysia serta pelancong yang ramai kerana tempat ini merupakan tempat pelancongan bagi orang luar dan dalam negara.
Jadi makanan yang dijual di sana pun hanyalah ala-ala barat, western dan steambot(Asia Timur) dan tidak banyak budaya Pahang di sana. Jadi budaya yang akan saya lestarikan di sini ialah budaya di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cameron Highland, anda boleh pergi ke website ini:https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Tinggi_Cameron 


Hari Pertama:
Banyak perkara yang boleh kita lakukan di Cameron Highland, antaranya:

Hari Pertama, kami sekeluarga telah bersiap dan bertolak dari Kluang menuju ke Cameron Highland, kami menuju ke Hotel Rosa Passadena dan sambil-sambil itu, kami singgah di Ladang Teh. Banyak perkara dan pemandangan yang dapat saya lihat semasa menaiki Cameron Highland, saya rasa tidak rugi 5 jam perjalanan kami. Harap anda semua dapat menikmati pemandangan.

Pemandangan yang ada sepanjang perjalanan ke Cameron Highland


Banyak perkara yang telah kami lakukan di Ladang Teh, antaranya melihat pokok-pokok teh yang ditanam dengan rapinya. Banyak gambar yang saya ambil ketika berada di sana. Indah sungguh pemandangan pokok-pokok teh ini, saya rasa tempat ini adalah tempat yang saya akan selalu pergi jika ada peluang ke sini lagi. 


Pokok teh yang ditanam di Ladang Teh



Melihat Pokok teh dari jauh nampak lebih baik




Lapar? Jangan risau, di Ladang teh ini, ada Cameron Valley Tea House yang menjual pelbagai jenis teh berperisa seperti teh strawberi, manga, teh hijau(Green Tea) dan lain-lain lagi. OH! makanan pun ada juga ya, jangan risau.😋 


😋

😋
Dalam makanan ini terdapat isi epal dan dihidang bersama aiskrim


Di sini kita boleh memesan makanan dan pelbagai jenis teh sebagai minuman. Saya mencadangkan anda membeli teh berperisa strawberi dan teh asli, memang tidak rugi dan sangat sedap. Sambil makan kita boleh menikmati pemandangan pokok-pokok teh yang berada betul-betul di sebelah kedai tersebut.

Cara ini dapat menarik kanak-kanak untuk minum air teh, selalunya mereka tidak suka kerana rasa atau kerana panas. Rasa ini dapat menarik mereka kerana kanak-kanak suka akan perisa seperti ini.



Pada waktu malam kami menyelerakan diri di Nik Ikan Bakar, makanan di sana sangat sedap dan di sana juga terdapat Tom Yam untuk sekeluarga makan bersama.😋 Meamng berbaloi lagi-lagi jika anda kesejukan, nikmat bukan, apabila dapat makanan yang panas-panas ketika cuaca sejuk? 

Tempat ini meruoakan restoran ala thai, western food dan steambot, seperti kebanyakan restoran lain. Makanan steambot di sini memang sesuai dengan cuaca begini makanannya juga sedap.






Hari Kedua:

Hari kedua bermula dengan pengembaraan ke Taman Lebah di mana banyak lebah yang diternak menggunakan cara ini:



Di dalam kotak tersebut ada banyak lebah yang diternak di dalam



Gambaran lebih dekat


Di Taman lebah ini, banyak jenis madu yang dijual, dalam bentuk sebatang dan botol, ada perisa strawberi, manga, markisa(passion), pudina(mint) dan banyak lagi perisa. Madu-madu ini juga adalah asli diambil daripada sarang lebah di atas. Madu asli adalah lebih bagus daripada madu yang diproses dari segi kesihatan dan rasa, saya pasti kanak-kanak juga akan sukakan rasanya.

Selepas itu, kami juga singgah pasar yang ada di sana, membeli buah-buahan, dan kemudian malam pun tiba. Kami ternampak trak makanan di tepi jalan, pelbagai jenis makanan yang ada, tidak lupa, kami membeli sedikit makanan sebagai snek😋 malam di hotel.(maaf tak ada gambar)


Hari Ketiga:

Sekelip mata hari terakhir sudah tiba, kami cek keluar daripada Hotel Rosa Passadena, terima kasih kepada ibu bapa saya, saya dan menuju ke destinasi terakhir kami, Cactus Point.

Pokok Kaktus di Cactus Point


Banyak jenis Kaktus yang ada di sana, ada juga yang boleh dibeli, selain itu, ada juga pokok bunga yang cantik di sana. Tempat ini sangat sesuai jika anda ingin membawa pulang buah tangan atau cenderamata bagi kawan-kawan dan sedara-mara anda. Kaktus-kaktus di sini juga datang dalam pelbagai saiz dari kecil hingga besar, harganya dalam lingkungan RM2 dan ke atas, murah dan sangat berbaloi.

Pokok bunga seperti ini juga boleh dibeli


Selepas melihat banyak pokok dan kaktus, masa tidak boleh dibazirkan lagi, jadi kami bergegas pulang sebelum malam tiba. Seperti perjalanan ke sini, perjalanan pulang juga mempunyai pemandangan yang indah.


Melalui penulisan travelig saya ini, saya harap anda dapat fahami bahawa budaya di Camerin Highland adalah daripada luar negara kebanyakannya seperti makanannya yang dari Thailand, dan barat. Jadi dengan kesempatan ini saya ingin memperkenalkan kepada semua mengenai budaya luar negara dan harap agar anda dapat meluaskan budaya ini, supaya apabila mereka melihat kita tahu budaya mereka, mungkin mereka akan mempelajari budaya kita pula kerana kita menghormati dan mengambil berat akan budaya masing-masing.