Saturday, May 9, 2020

Cameron Highland, Musim Sejuk di Malaysia

Seperti yang kita tahu, Cameron Highland ialah tempat yang sejuk di Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menceritakan pengalaman saya di Cameron Highland. Saya mencadangkan anda pergi bersama keluarga ke Cameron Highland. Tempat-tempat ini pasti dapat menarik perhatian anda.Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana tidak banyak gambar yang ada kerana kebanyakan yang menarik sudah hilang.
Di Cameron Highland, orang yang tinggal di sini menggunakan budaya barat, di sani hanya ada orang asli dan rakyat Malaysia serta pelancong yang ramai kerana tempat ini merupakan tempat pelancongan bagi orang luar dan dalam negara.
Jadi makanan yang dijual di sana pun hanyalah ala-ala barat, western dan steambot(Asia Timur) dan tidak banyak budaya Pahang di sana. Jadi budaya yang akan saya lestarikan di sini ialah budaya di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cameron Highland, anda boleh pergi ke website ini:https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Tinggi_Cameron 


Hari Pertama:
Banyak perkara yang boleh kita lakukan di Cameron Highland, antaranya:

Hari Pertama, kami sekeluarga telah bersiap dan bertolak dari Kluang menuju ke Cameron Highland, kami menuju ke Hotel Rosa Passadena dan sambil-sambil itu, kami singgah di Ladang Teh. Banyak perkara dan pemandangan yang dapat saya lihat semasa menaiki Cameron Highland, saya rasa tidak rugi 5 jam perjalanan kami. Harap anda semua dapat menikmati pemandangan.

Pemandangan yang ada sepanjang perjalanan ke Cameron Highland


Banyak perkara yang telah kami lakukan di Ladang Teh, antaranya melihat pokok-pokok teh yang ditanam dengan rapinya. Banyak gambar yang saya ambil ketika berada di sana. Indah sungguh pemandangan pokok-pokok teh ini, saya rasa tempat ini adalah tempat yang saya akan selalu pergi jika ada peluang ke sini lagi. 


Pokok teh yang ditanam di Ladang Teh



Melihat Pokok teh dari jauh nampak lebih baik




Lapar? Jangan risau, di Ladang teh ini, ada Cameron Valley Tea House yang menjual pelbagai jenis teh berperisa seperti teh strawberi, manga, teh hijau(Green Tea) dan lain-lain lagi. OH! makanan pun ada juga ya, jangan risau.😋 


😋

😋
Dalam makanan ini terdapat isi epal dan dihidang bersama aiskrim


Di sini kita boleh memesan makanan dan pelbagai jenis teh sebagai minuman. Saya mencadangkan anda membeli teh berperisa strawberi dan teh asli, memang tidak rugi dan sangat sedap. Sambil makan kita boleh menikmati pemandangan pokok-pokok teh yang berada betul-betul di sebelah kedai tersebut.

Cara ini dapat menarik kanak-kanak untuk minum air teh, selalunya mereka tidak suka kerana rasa atau kerana panas. Rasa ini dapat menarik mereka kerana kanak-kanak suka akan perisa seperti ini.



Pada waktu malam kami menyelerakan diri di Nik Ikan Bakar, makanan di sana sangat sedap dan di sana juga terdapat Tom Yam untuk sekeluarga makan bersama.😋 Meamng berbaloi lagi-lagi jika anda kesejukan, nikmat bukan, apabila dapat makanan yang panas-panas ketika cuaca sejuk? 

Tempat ini meruoakan restoran ala thai, western food dan steambot, seperti kebanyakan restoran lain. Makanan steambot di sini memang sesuai dengan cuaca begini makanannya juga sedap.






Hari Kedua:

Hari kedua bermula dengan pengembaraan ke Taman Lebah di mana banyak lebah yang diternak menggunakan cara ini:



Di dalam kotak tersebut ada banyak lebah yang diternak di dalam



Gambaran lebih dekat


Di Taman lebah ini, banyak jenis madu yang dijual, dalam bentuk sebatang dan botol, ada perisa strawberi, manga, markisa(passion), pudina(mint) dan banyak lagi perisa. Madu-madu ini juga adalah asli diambil daripada sarang lebah di atas. Madu asli adalah lebih bagus daripada madu yang diproses dari segi kesihatan dan rasa, saya pasti kanak-kanak juga akan sukakan rasanya.

Selepas itu, kami juga singgah pasar yang ada di sana, membeli buah-buahan, dan kemudian malam pun tiba. Kami ternampak trak makanan di tepi jalan, pelbagai jenis makanan yang ada, tidak lupa, kami membeli sedikit makanan sebagai snek😋 malam di hotel.(maaf tak ada gambar)


Hari Ketiga:

Sekelip mata hari terakhir sudah tiba, kami cek keluar daripada Hotel Rosa Passadena, terima kasih kepada ibu bapa saya, saya dan menuju ke destinasi terakhir kami, Cactus Point.

Pokok Kaktus di Cactus Point


Banyak jenis Kaktus yang ada di sana, ada juga yang boleh dibeli, selain itu, ada juga pokok bunga yang cantik di sana. Tempat ini sangat sesuai jika anda ingin membawa pulang buah tangan atau cenderamata bagi kawan-kawan dan sedara-mara anda. Kaktus-kaktus di sini juga datang dalam pelbagai saiz dari kecil hingga besar, harganya dalam lingkungan RM2 dan ke atas, murah dan sangat berbaloi.

Pokok bunga seperti ini juga boleh dibeli


Selepas melihat banyak pokok dan kaktus, masa tidak boleh dibazirkan lagi, jadi kami bergegas pulang sebelum malam tiba. Seperti perjalanan ke sini, perjalanan pulang juga mempunyai pemandangan yang indah.


Melalui penulisan travelig saya ini, saya harap anda dapat fahami bahawa budaya di Camerin Highland adalah daripada luar negara kebanyakannya seperti makanannya yang dari Thailand, dan barat. Jadi dengan kesempatan ini saya ingin memperkenalkan kepada semua mengenai budaya luar negara dan harap agar anda dapat meluaskan budaya ini, supaya apabila mereka melihat kita tahu budaya mereka, mungkin mereka akan mempelajari budaya kita pula kerana kita menghormati dan mengambil berat akan budaya masing-masing.






46 comments:

  1. Aktiviti yang sangat menarik! Saya juga berharap agar dapat berkunjung ke Cameron Highland untuk menikmati keistimewaan tempat tersebut. 👍

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Percutian awak ke Cameron Highlands membuatkan saya berasa semangat untuk ke sana pula. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, saya amat menghargainya :)

    ReplyDelete
  4. Blog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.

    ReplyDelete
  5. Walaupun kelihatan ringkas, isinya sangat menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  6. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  7. blog yang sangat menarik dan percutian yang seronokk

    ReplyDelete
  8. Wah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.

    ReplyDelete
  9. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  10. Wah! Blog yang menarik untuk dibaca. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  11. Wah, peekongsian yang diberikan sangat menarik dan baik. Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti. Terima kasih atas perkongsian anda!👍👍👍

    ReplyDelete
  12. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  13. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.

    ReplyDelete
  14. Blog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya🤩 ianya menunjukkan keindahan disana. Menggunakan bahasa yang sungguh dramatis.

    ReplyDelete
  15. Menariknya! Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan blog yang kreatif.

    ReplyDelete
  16. Blog ini sangat menarik!Penuh pengisian yang sangat membantu orang ramai di luar bagi yang pertama kali bercadang untuk bercuti di Langkawi.Saya suka isi-isi dan tips yang dikarangkan oleh penulis.Namun terdapat beberapa ketidakfahaman berikutan kesalahan penggunaan bahasa yang mengganggu pembacaan.Walaubagaimanapun,saya sangat suka pengisian yang diceritakan penulis ini!

    ReplyDelete
  17. Saya dapat merasakan keindahan suasana di Cameron Highlands melalui penulisan blog awak, itu bermaksud blog awak telah berjaya menarik perhatian saya. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak dengan saya 😊

    ReplyDelete
  18. Gambar yang jelas dan cantik.Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.Saya berharap untuk ke sana suatu hari.

    ReplyDelete
  19. Penulisan blog yang menarik. Penulis menceritakan pengalamannya dengan hanya menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami. Blog ini bukn sahaja menceritakan pengalamannya, tetapi penulis juga ada sertakan maklumat menarik tentang tempat yang dikunjunginya. Tahniah kerana menghasilkan blog yang penuh informasi berkenaan dengan Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  20. Walau sudah 13 kali pergi ke Cameron Highland,saya berasa hendak ke sana lagi apabila membaca perkongsian saudara Faiz.Blog saudara sangat menarik kerana hati ini tidak tenang dibisikkan suara hati yang meronta untuk ke Cameron disebabkan perkongsian saudara.Walaubagaimanapun,penggunaan bahasa saudara memnyebabkan sedikit kekeliruan.Pada keseluruhannya,saudara Faiz berjaya membuatkan saya tertarik semula untuk ke Cameron Highlands walau sudah berkali kali menjejakkan kaki ke sana

    ReplyDelete
  21. Saya berasa seronok membaca blog anda Faiz! Perkongsian anda begitu mengujakan saya. Jalan cerita yang teratur dan santai menarik minat saya untuk meneruskan bacan sehingga penghujungnya. Syabas buat penulis.

    ReplyDelete
  22. Perkongsian yang menarik. Banyak info yang saya perolehi. Terima kasih kerana anda telah mempromosikan Cameron Hingland kerana saya bercadang untuk kesana.Syabas dan terima kasih. 😊😊

    ReplyDelete
  23. Wah! Perkongsian saudara sangat terperinci membuatkan saya terangsang untuk mengembara lebih mendalam lagi mengenai lokasi tanah tinggi ini. Penggunaan imej dari laman web dan juga milik sendiri memberi penelitian suatu maklumat dalam bentuk visual. Selain itu, saya juga bersetuju dengan saudara bahawa budaya yang terdapat di Cameron Highlands berunsurkan budaya barat. Kewujudan budaya ini boleh dicontohi dari segi mempromosi dan mewujudkan komuniti pelancongan yang berleluasa disekitar Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Blog ini sangat cantik dan penuh dengan info untuk pembaca melawat Cameron Highland . Ini membuatkan saya ingin ke sana kerana perkongsian yang seronok ini . Syabas !

    ReplyDelete
  25. Blog ini sangat baik dan ringkas untuk baca.Saudara juga menjelaskan tentang kebudayaan tanah tinggi yang lebh kepada gaya barat.Saya yakin ini mampu menarik perhatian pembaca untuk melancong ke tanah tinggi.

    ReplyDelete
  26. Perkongsian yang terperinci membuatkan pembaca mudah faham dan seronok untuk membaca. Penggunaan ayat juga gramatis.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Tahniah!Gaya penceritaan yang sangat baik.Saya teruja dan ingin ke tempat yang kamu pergi bersama keluarga.

    ReplyDelete
  29. Blog yang amat menarik untuk dibaca. Penulisannya yang tersusun dan menarik membuatkan pembaca lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang percutian anda.

    ReplyDelete
  30. Blog ini sangatlah menarik untuk dibaca . Ianya membuatkan saya tertarik untuk pergi kesana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  31. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana

    ReplyDelete
  32. Percutian yang menarik! Anda juga menyatakan jadual perjalanan beserta jumlah pembelanjaan ke sana. Bagus dan teruskan usaha!

    ReplyDelete
  33. Percutian yang menarik! Anda juga menyatakan jadual perjalanan beserta jumlah pembelanjaan ke sana. Bagus dan teruskan usaha!

    ReplyDelete
  34. Blog yang sangat menarik untuk dibaca.Penggunaan ayat yang gramatis dan gambar yang menarik.Semoga anda menjadi blogger berjaya.

    ReplyDelete
  35. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  36. Wah! Blog kamu ini membuatkan saya teringat akan memori-memori saya di Cameron Highland. Cameron Highland merupakan antara tempat melancong kegemaran saya kerana suhu yang sangat dingin dan sejuk .

    ReplyDelete
  37. Menariknya percutian anda. Sudah tentu anda bergembira di sana.Terima kasih kerana sudi bercerita tentang pengalaman anda di sana.

    ReplyDelete
  38. Blog awak sangat menarik. Percutian awak sangat menarik minat saya untuk berkunjung ke Cameron Highlands lebih lebih lagi banyak tempat tempat menarik di sana.

    ReplyDelete
  39. Blog ini sangatlah menarik untuk dibaca . Ianya membuatkan saya tertarik untuk pergi kesana suatu hari nanti. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  40. Percutian yang menarik dan perkongsian blog yang bagus. Penulisan yang gramatis. Gambar juga kekurangan muka saudara dan terlalu banyak gambar makanan.😂🥪

    ReplyDelete
  41. perkongsian yang amat menarik dengan tempat pelancongan yang amat menenangkan hari. terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  42. Blog ini sangat menarik!Penuh pengisian yang sangat membantu orang ramai di luar bagi yang pertama kali bercadang untuk bercuti di Langkawi.Saya suka isi-isi dan tips yang dikarangkan oleh penulis.Namun terdapat beberapa ketidakfahaman berikutan kesalahan penggunaan bahasa yang mengganggu pembacaan.Walaubagaimanapun,saya sangat suka pengisian yang diceritakan penulis ini!

    ReplyDelete
  43. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  44. Saya rasa seronok membaca blog ini kerana aktiviti yang sangat jarang saya lihat dan juga permandangan di sana sungguh cantik ciptaan Allah

    ReplyDelete